Glitter graphic.com

Thursday 4 April 2013

Ya Allah... kalau kau dengar rintihan hamba mu ini..



Ya Allah,
Sesungguhnya aku lemah tanpa pertujuk-Mu...
Aku buta tanpa bimbingan-Mu..

 Aku cacat tanpa hidayah-Mu...
Aku hina tanpa rahmat-Mu...

Kadangkala aku kurang pertimbangan...
Aku merasakan aku tidak mampu lagi untuk menanggung ujian-Mu..
Aku ingin lari dari segala bebanan dan permasalah yang aku Hadapi ini...
Tapi bagaimana Ya Rabb??..
Bagaimana ??..

Oleh itu, Ya Allah..
Engkau bantulah hamba ini..
Berikan  pertunjuk pada diri ku dan kau
tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaan yang kau berikan ..
Engkau, kuatkanlah semangatku untuk mengharungi segala cubaan-Mu..
Tunjukkanlah padaku segala hikmah disebalik dugaan & cubaran itu ..
Dan jadikanlah kemanisan setelah kepahitan yang aku alami..
Umpama kau terbitkan mentari sesudah hujan...
Kerana engkau maha mengetahui lagi maha mengasihani...

Hanya pada-Mu, Ya Allah..
ku pohon dengan segala harapan..
Aku tahu kau ingin mendugaku..
Ingin  menguji tahap keimananku..
 Kerana itu aku pasrah dengan dugaan-Mu..

Aku sedar betapa hinanya diriku ini..
kerana aku insan yang lemah yang kerap keliru...
kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu..
kerana aku kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu..
Kerana pendek akalku menghanrungi ujian-Mu...

Ya Allah
Bukakan hatiku untuk menghayati agama-Mu..
Bimbinglah aku menjadi hambamu yang solehah..
Dan kau jadikan lah aku anak yang disenangi oleh Ibubapaku..

Ya Allah Ya Tuhanku...
Engkau dengarlah rintahan hati hambamu ini ..
Hanya pada-Mu tempat aku mengadu ..
Ya Allah... kuatkan lah hatiku..
 Seteguh pasir di pantai..
Walau setiap masa dihempas air pantai. tapi ia tak pernah hilang..

Amin Ya Rabbal Alamin
=')